Monday, 18 January 2021

Apa itu Envirocloth?

Kain kayangan yang paling versatile dalam Norwex adalah Envirocloth. Envirocloth ni sesuai untuk digunakan untuk lap semua benda*. Nak lap habuk, kotoran degil, air tumpah, lap debu pada pokok, semua boleh guna EnviroCloth. Masa Hawa pertama kali dapat Upgraded Starter Kit, benda pertama sekali cuba buat adalah lap benda dengan Envirocloth. Kagum gila okay.


Ini hasil lepas lap 5 minit. Kotoran tu mula terkumpul sejak 2008 kot haha. Ingatkan memang kena cat je tapi rupanya cuci je pun boleh. Cuci dengan air je pulak tu!

Apa keistimewaan Envirocloth ni? 

1. Baclock

Pada benang Envirocloth (dan produk Norwex lain) ada agen antibakteria daripada perak. Baclock ni berfungsi untuk self clean (cuci sendiri) bagi mengelakkan bau hapak, kulapuk dan bakteria.

2. Tidak memerlukan bahan kimia untuk mencuci barang

Sekarang ni ada banyak bahan kimia yang ada di sekeliling kitakan? Tapi dengan Envirocloth ni, cuma perlu basahkan dan dah boleh guna untuk mencuci kotoran. Zaman sekarang banyak orang ada kulit sensitif sebab bahan pencuci lagi banyak kimia yang berbahaya. Jadi dengan Envirocloth, insyaAllah dah tak perlu simpan bahan kimia berbahaya di rumah. 

3. Jimat!

Kalau dah tak perlu beli sabun, kena guna apa? Hanya perlu air sahaja! Ikut pengalaman saya, awal awal je kita akan jumpa kotoran sangat degil macam dekat suis lampu saya tu. Lepas dah cuci, hanya tinggal untuk pastikan tak kotor semula je. 



Cara menggunakan Envirocloth

- Untuk lap habuk, boleh gunakan kain yang kering. Sebab fiber pada kain akan menghasilkan elektrik statik dan habuk akan melekat pada kain dan bukan tolak habuk kesana sini.

- Untuk lap kotoran, basahkan Envirocloth dan sental haha. InsyaAllah akan hilang kotoran.

- Masa guna, lipat kain menjadi 8 bahagian dan mula cuci tempat yang paling bersih ke tempat yang paling kotor

- Kalau kain tak terlalu kotor, boleh rendam dalam air suam dan gosok gosok kain, bila air dah tak panas boleh bilas dan jemur dalam rumah. Tak perlu cahaya matahari sebab takut kain akan keras sebab dia diperbuat dari plastik kitar semula. 

- Bila dah terlalu kotor, rendam dalam serbuk pencuci Ultra Power Plus dari Norwex sebab dia tak ada filler/bahan pengisi yang boleh buat kain rosak. Jangan guna peluntur atau pelembut kain ya!


Tekstur Envirocloth yang ditenun rapat buat dia lebih berkuasa untuk menghilangkan kotoran

Harga kain Envirocloth adalah RM79. Kalau nak diskaun 15%, hanya perlu berbelanja lebih dari RM150 atau beli keahlian Elite Customer Norwex dengan hanya RM15.


Untuk beli, boleh klik link ni ya: BELI NORWEX DI SINI

*Untuk barangan yang senang calar, cuba lap sedikit untuk pastikan kain tak akan calarkan surface. Jangan lap kereta juga especially yang ada wax!

No comments:

Post a Comment

Cara membeli barangan Norwex

Bagi yang nak membeli barangan Norwex, ada dua cara. Pertama, membeli melalui Consultant Norwex, contohnya, saya! Untuk beli melalui whatsap...